Program mentor-mentee tingkat prestasi mahasiswa

Program mentor-mentee tingkat prestasi mahasiswa

KESAN program mentor-mentee bukan hanya dalam konteks akademik, tetapi juga membentuk individu yang lebih kompeten dan bersedia menyertai masyarakat profesional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM mentor-mentee adalah inisiatif dan bentuk usaha yang semakin popular dalam kalangan institusi pengajian tinggi untuk menyokong perkembangan holistik mahasiswa.

Program mentor-mentee bertujuan untuk membolehkan mahasiswa mendapat panduan dan sokongan daripada individu yang lebih berpengalaman dalam suasana universiti.

Tujuan utama termasuk meningkatkan kejayaan akademik, pembangunan kemahiran insaniah, dan membentuk pelajar yang lebih berdaya tahan.

Mekanisme Pelaksanaan
• Pertama: Menentukan pasangan mentor-mentee berdasarkan bidang pengajian, minat, dan matlamat pembangunan peribadi.
• Kedua: Sesi orientasi untuk memahami peranan dan tanggungjawab pihak masing-masing. Ketiga: Penjadualan pertemuan berkala untuk membincangkan pencapaian akademik, cabaran, dan matlamat peribadi.

Pelbagai manfaat boleh diterima oleh mahasiswa antaranya peningkatan pencapaian akademik melalui bimbingan daripada mentor, pembangunan kemahiran interpersonal dan insaniah, pendedahan kepada persekitaran universiti dan industri melalui pengalaman mentor, sokongan emosional dalam menangani tekanan akademik dan kehidupan kampus, pembangunan kemahiran kepimpinan dan pengajaran, peningkatan keupayaan komunikasi dan kemahiran sosial, pencapaian kepuasan memberi impak positif kepada pembangunan mahasiswa mentee dan peluang untuk menjalin rangkaian profesional dan meningkatkan profil diri.

Namun, cabaran pelaksanaan program ini ialah mengurus masa dan kesesuaian jadual antara mentor dan mentee, pemantauan kesan program dalam jangka masa panjang dan perlunya penyelarasan dengan inisiatif pendidikan lain untuk memastikan kesinambungan dan integrasi.

Pelaksanaan program mentor-mentee membuktikan ia menjadi langkah yang berkesan dalam meningkatkan prestasi dan pembangunan diri mahasiswa universiti.

Kesannya bukan hanya dalam konteks akademik, tetapi juga membentuk individu yang lebih kompeten dan bersedia menyertai masyarakat profesional.

Dengan terus menilai dan meningkatkan program, institusi pengajian tinggi dapat memastikan pelaksanaan yang berkesan dan memberikan impak positif kepada pembangunan mahasiswa secara holistik dan bersedia menempuh alam kerjaya selepas bergraduasi. – UTUSAN

MEJAR DR. MOHD ADIB ABD. MUIN
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN