SEJURUS menerima keputusan, Nur Aishah Zainol tidak dapat mengungkapkan kata-kata atas kemenangan sebagai Ketua Wanita PKR Cabang Permatang Pauh dalam pemilihan parti kerana menganggap kemenangan itu milik bersama (Wanita Permatang Pauh). Dengan kemenangan ini, Nur Aishah menyedari bermulalah tanggungjawab berat untuk menerajui kepimpinan Wanita PKR Cabang Permatang Pauh selepas ini. Sokongan pengundi dan mandat yang diberikan harus digalas dengan penuh amanah serta berdedikasi dan iltizam demi memperjuangkan suara wanita Permatang…