IBARAT tukang rumah sudah siap tetapi pahat masih berbunyi, begitulah yang terjadi di sebalik proses pemilihan PKR di seluruh cabang. Proses pengundian secara dalam talian yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), tidak mencerminkan ketelusan, keadilan dan berintegriti. Sebaliknya banyak kecacatan yang berlaku pada sistem undian sehingga banyak pihak mempertikaikan tahap ketelusan proses pemilihan pada kali ini. Yang amat dikesali oleh ahli parti rupa-rupanya mekanisme pelaksanaannya jauh lebih teruk daripada…