SAYA sebagai bekas jurutera elektrik mahu berkongsi cara-cara untuk mengelak daripada terkena renjatan elektrik.
Banyak lagi peralatan elektrik yang boleh menyebabkan renjatan elektrik, bukan sahaja plug dan pengecas telefon. Ada 10 cara bagi mengelak daripada terkena renjatan elektrik dari berlaku:
Elak daripada menyentuh peralatan elektrik dengan tangan yang basah.
Segera baiki peralatan elektrik yang sudah rosak. (Jangan baiki sendiri jika tidak mahir)
Elak menyambung terlalu banyak peralatan elektrik pada satu soket.
Jangan pegang wayar hidup dengan tangan.
Laporkan sebarang keadaan yang bahaya.
Pastikan suis peralatan elektrik dimatikan jika tidak digunakan.
Elakkan menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah.
Jangan lakukan penyambungan soket ke soket.
Elakkan bermain di kawasan pencawang elektrik.
Jangan biarkan pendawaian peralatan elektrik terdedah kepada keadaan yang boleh menjejaskan seperti wap, tekanan, haba dan wayar digigit tikus.
Langkah-langkah menolong mangsa renjatan elektrik:
Segera matikan sumber elektrik utama sebelum menyentuh mangsa.
Tarik mangsa jauh daripada sumber elektrik atau peralatan elektrik dengan menggunakan bahan penebat seperti kayu penyapu.
Mangsa dibaringkan untuk memudahkan pernafasan.
Lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) jika mangsa sukar bernafas.
Segera menghubungi ambulans. Sila gunakan pemadam api karbon dioksida jika kebakaran berpunca daripada arus elektrik berlaku.
Dalam hal ini kami sagat hargai usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengurangkan kadar-kadar kemalangan renjatan elektrik di negara kita.-UTUSAN









