TATKALA ribuan pelajar di seluruh negara menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai antara mereka berada di persimpangan penting dalam menentukan arah tuju masa hadapan. Dalam pelbagai pilihan yang tersedia, satu laluan kerjaya yang terus menawarkan kestabilan, kepelbagaian dan prospek peningkatan kerjaya ialah bidang perakaunan. Meskipun bidang ini sering dikaitkan dengan kerja mengira dan menyusun buku akaun, realitinya perakaunan moden merupakan cabang profesional yang dinamik dan berperanan penting dalam mencorakkan ekonomi negara. Bidang perakaunan sering digelar sebagai ‘bahasa perniagaan’ kerana ia menyediakan asas penting dalam membuat keputusan kewangan yang rasional…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya