SEWAKTU sambutan Aidilfitri baru-baru ini, anak-anak saudara datang menziarah. Mereka ini adalah penuntut universiti. Ketika berbual secara tiba-tiba mereka bertanya: “Mengapa Pak Long sering bercakap tentang mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu? Bukankah semua rakyat Malaysia, termasuk Cina dan India, patut mendapat layanan yang sama?” Saya faham keresahan mereka. Anak-anak muda hari ini bergaul rapat dengan pelbagai kaum. Namun, apabila mereka mempertikai asas negara ini, saya gusar, bukan kerana berniat jahat…