DALAM kehidupan harian, teknologi menawarkan pelbagai kemudahan yang memudahkan urusan warga emas. Aplikasi e-dagang membolehkan mereka membeli barangan keperluan tanpa perlu keluar rumah, yang sangat bermanfaat terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah mobiliti. Perkhidmatan pengangkutan dalam talian memudahkan warga emas bergerak ke destinasi dengan lebih selamat dan selesa tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga. Ini memberi mereka lebih kebebasan untuk menjalankan aktiviti harian seperti menghadiri janji temu perubatan, bersiar-siar…