Sambut Aidilfitri: Elak hutang, rai bahagia

Sambut Aidilfitri: Elak hutang, rai bahagia

MASYARAKAT diseru untuk meraikan perayaan Aidilfitri secara sederhana dan berhemat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM keseronokan menyambut Aidilfitri, masyarakat diseru untuk meraikan perayaan ini secara sederhana dan berhemat, selaras dengan pendekatan Malaysia Madani yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan pengurusan kewangan yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu kenyataan, menegaskan kepentingan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam setiap aspek kehidupan, termasuk dalam menyambut Aidilfitri. Beliau mengingatkan budaya boros boleh membawa kesan jangka panjang kepada kewangan keluarga dan menekankan nilai kebersamaan, kesyukuran serta tanggungjawab dalam perbelanjaan perayaan.

Menurut statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), hutang isi rumah di Malaysia terus meningkat, dengan lonjakan ketara sekitar musim perayaan. Ramai rakyat terdorong untuk berbelanja melebihi kemampuan akibat tekanan sosial dan keinginan untuk beraya secara mewah.

Memetik kata-kata Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Isi Rumah AKPK, Mohd. Khairil Ashraf, dalam satu sesi bual bicara, beliau menekankan pentingnya keseimbangan kewangan dan perbelanjaan berasaskan keperluan sebenar, bukannya kehendak. Beliau turut menggariskan beberapa tip pengurusan perbelanjaan Aidilfitri seperti menyediakan bajet perayaan yang realistik, mengelakkan pembelian impulsif, menggunakan kaedah sampul tunai serta merancang pembelian secara berperingkat.

Sempena Aidilfitri ini, rakyat diseru untuk mengamalkan perbelanjaan yang berhemat dan mengutamakan nilai kasih sayang serta kebersamaan berbanding kemewahan. Sambutlah Aidilfitri dengan bijak. Elakkan hutang, raikan kebahagiaan.-UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya