DI Malaysia, kewujudan kuil-kuil kecil yang dibina di atas tanah milik kerajaan atau persendirian bukanlah satu fenomena baharu. Kebanyakan kuil ini bermula secara kecil-kecilan, hasil inisiatif komuniti Hindu yang ingin menunaikan ibadah di kawasan tempat tinggal atau kerja. Pada awalnya, kuil-kuil ini dibina tanpa perancangan jangka panjang atau dokumen rasmi yang sah, memandangkan komuniti yang terlibat ketika itu tidak memiliki akses kepada hak milik tanah atau kefahaman mendalam tentang peraturan…










