MALAYSIA adalah sebuah negara yang unik dan menarik, bukan sahaja dari segi geografinya tetapi juga daripada kepelbagaian rakyat, pemerintahan dan perlembagaan. Terletak di persimpangan penting dunia, iaitu Selat Melaka, malah di apit Sumatera dan Borneo, keunikan geografinya turut melindungi negara ini daripada bencana alam seperti taufan dan gempa bumi, menjadikan Malaysia sebuah bumi yang bertuah. Tambahan pula, Malaysia mempunyai raja teramai di dunia dengan sistem pemerintahan unik di mana sembilan…