DALAM dunia yang semakin mencabar dan kompleks, isu pengurusan kewangan menjadi aspek penting dalam kehidupan. Di Malaysia, perkembangan sistem kewangan Islam yang pesat mencerminkan komitmen negara untuk memenuhi keperluan menguruskan kewangan secara patuh syariah. Namun, kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap prinsip-prinsip kewangan Islam masih perlu ditingkatkan. Dalam konteks ini, peranan Perancang Kewangan Islam (IFP) menjadi signifikan. IFP bukan sahaja bertindak sebagai perancang kewangan tetapi juga memainkan peranan besar dalam mendidik…