DALAM dunia hiburan, artis sering menjadi tumpuan masyarakat dan dianggap sebagai ikon yang mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku peminat. Peranan mereka bukan sekadar menghibur tetapi juga mencerminkan nilai-nilai budaya dan agama yang dianuti oleh masyarakat. Oleh itu, amat penting bagi artis untuk sentiasa berhati-hati dalam tutur kata, khususnya apabila menyentuh isu-isu sensitif berkaitan agama dan budaya. Setiap ungkapan yang dilontarkan sama ada dalam temu bual, media sosial atau karya seni…