PERUBAHAN dalam kaedah masyarakat berinteraksi dan berkelakuan akibat kemajuan teknologi banyak menghakis nilai sosial, adab, dan adat. Fenomena ini menyebabkan pergeseran dalam nilai-nilai tradisional dan norma sosial yang biasanya diamalkan dalam interaksi harian. Teknologi seperti media sosial, telefon pintar, dan aplikasi perbualan mengurangkan interaksi bersemuka antara individu. Sebelum ini, adab seperti memberi salam, berbicara dengan sopan, atau menjaga bahasa badan lebih ditekankan dalam komunikasi bersemuka. Namun, di dunia maya, interaksi…










