BARU–baru ini enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman itu dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lepas. Adalah diharapkan sebarang keputusan yang diputuskan tidak menjejaskan usaha kita membanteras kejadian buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di dalam semua institusi pendidikan kita. Usaha membanteras isu buli harus diteruskan.…