BARU-baru ini, pihak kerajaan menyatakan hasrat mereka untuk mengenakan caj kesesakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar. Caj kesesakan adalah bayaran dikenakan ke atas pemandu untuk masuk ke bandar. Inisiatif itu dipertimbangkan dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040 untuk mengurangkan kesesakan waktu puncak. Pelaksanaan sistem pekerjaan secara fleksibel atau kebenaran bekerja dari rumah (BDR) dapat memudahkan urusan pihak pekerja untuk menjalankan kerja tanpa perlu mengharungi kesesakan ataupun menghadapi…