Ramadan, bulan penuh keberkatan, merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada umat Islam yang menanti dengan penuh pengharapan. Dalam bulan yang suci ini, setiap amal kebajikan yang dilakukan akan digandakan pahalanya, laksana lautan yang tidak bertepi. Allah menjanjikan ganjaran yang luar biasa bagi mereka yang bersedekah. Rasulullah SAW sendiri adalah insan paling dermawan dan sifat kedermawanan baginda semakin menyerlah apabila menjelang Ramadan. Oleh itu, tidak dapat disangkal, sebaik-baik sedekah adalah…










