Peluang OKU jana pendapatan

Peluang OKU jana pendapatan

JANGAN lepaskan peluang ini untuk mengembangkan bakat dan melangkah ke dunia keusahawanan kulinari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLEJ Komuniti Selayang (KKSY) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSe) Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) membuka peluang kepada individu Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menyertai Program Keusahawanan Kuliner untuk Individu Kurang Upaya (CEntre4PwD), satu inisiatif yang memberi peluang kepada peserta OKU menguasai kemahiran kulinari dan membina perniagaan sendiri.

Program ini akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula bulan April 2025 untuk 15 orang peserta yang layak bagi memperkasa golongan itu dan mempertingkatkan penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan. 

Objektif program ini adalah untuk memberikan latihan dan pembangunan kemahiran, meningkatkan keupayaan dan daya saing usahawan OKU serta membantu meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah melebihi nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa. 

Program ini memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan latihan kemahiran kulinari secara praktikal, bimbingan keusahawanan yang khusus untuk OKU dan kos penyertaan bagi program ini ditanggung sepenuhnya. 

Bagi yang berminat untuk menyertai program ini, peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, OKU kategori masalah pembelajaran, fizikal atau pendengaran dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,250 serta mempunyai minat dalam bidang kulinari. 

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengembangkan bakat anda dan melangkah ke dunia keusahawanan kulinari. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi jawatankuasa promosi program di talian 03-6136 8200 / 011-374 86194.

Kolej Komuniti Selayang adalah salah satu institusi pendidikan awam di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang menyediakan latihan teknikal dan vokasional.

Kolej Komuniti Selayang komited dalam menghasilkan graduan yang berdaya saing dan mampu memenuhi kehendak industri semasa serta meningkatkan kemahiran masyarakat setempat.-UTUSAN

 

KOLEJ KOMUNITI SELAYANG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN