Lapor jika ada kes penderaan kanak-kanak

Lapor jika ada kes penderaan kanak-kanak

JKM menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan supaya terus menghubungi Talian Kasih.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUSULAN daripada satu hantaran tular di media sosial berkenaan seorang kanak-kanak OKU yang disyaki telah didera oleh pengasuh di taska, ibu bapa mangsa telah hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Cawangan Shah Alam pada 4 Februari 2025 untuk membuat aduan.

Pegawai Diberi Kuasa (PDBK) JKM Negeri Selangor mendapati premis telah berdaftar di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai tadika menerusi perakuan pendaftaran sementara yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah. Tadika ini juga menjalankan kelas Early Intervention Program (EIP) untuk kanak-kanak OKU.

Hasil pemeriksaan juga turut mendapati tadika tersebut menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah yang sepatutnya tidak dibenarkan kerana premis tidak didaftarkan sebagai taska. JKM telah mengeluarkan notis larangan beroperasi kepada pengusaha tadika tersebut kerana kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Pihak JKM juga telah meminta pengusaha tadika untuk hadir ke pejabat JKM Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat susulan berkaitan kes ini. Kes ini juga telah dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

JKM juga ingin menasihatkan orang ramai yang mengetahui tentang kes penderaan supaya terus menghubungi Talian Kasih di talian 15999, nombor WhatsApp 019-2615999 atau Aplikasi Talian Kasih atau terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat bagi mendapatkan bantuan segera. – UTUSAN

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN