MENTERI Pengangkutan mengumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan larangan pergerakan ke atas kenderaan berat selama empat hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Larangan tersebut akan dikuatkuasa pada 29 dan 30 Mac serta 5 dan 6 April ini. Langkah ini bertujuan memastikan kelancaran trafik, mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas kemalangan. Setiap kali menjelang Aidilfitri, berjuta-juta rakyat Malaysia akan bergerak pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari lebaran…










