Tingkatkan kasih sayang, buang jauh sifat kebencian

Tingkatkan kasih sayang, buang jauh sifat kebencian

KASIH sayang perlu bermula dan dipupuk dalam kalangan ahli keluarga.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERUAN berkasih sayang dan membuang sifat kebencian keterlaluan merupakan tindakan mulia yang perlu dihadam bagi setiap insan yang ingin mencapai karamah insaniah.

Penerapan kasih sayang perlu bermula dari institusi kekeluargaan bagi memastikan setiap ibu bapa bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Insiden pukul serta tindakan ganas yang tidak berperikemanusiaan wajar dijauhi manakala sifat kemarahan perlu dipadam dengan ilmu dan sikap sabar.

Pendidikan sangat penting dan wajib memberi contoh teladan yang baik terhadap anak-anak bagi memastikan mereka mendapat kasih sayang serta perlindungan sebaiknya. Kegagalan ibu bapa memainkan peranan penting akan menjadikan anak-anak mangsa sikap baran dan tindakan melampaui batasan.

Seluruh anggota masyarakat wajar memastikan setiap insan mendapat khidmat bantuan berterusan daripada agensi yang terlibat bagi memastikan ‘punca’ kurang kasih sayang dan kebencian diatasi dengan segera.

Mengenal pasti punca masalah sangat membantu bagi menangani pelbagai isu khususnya dalam memastikan penyelesaiaan dapat dilaksanakan pihak berkuasa.

Jika isu berpunca daripada masalah ekonomi, sudah tentu pihak yang berwajib perlu melihat lebih serius bagaimana memastikan ekonomi kekeluargaan yang sihat diberikan. Jika melibatkan sikap dan tabiat maka institusi yang berperanan memastikan indeks kesihatan mental atau psikologi perlu memberikan jalan penyelesaian.

Namun, jika gagal menangani sikap kurang kasih sayang dan kebencian sukar dibendung, sudah tentu ia akan memberikan implikasi besar terhadap sistem sosial dalam negara.

Sudah sampai masanya, pendekatan alternatif dan signifikan perlu dicerakinkan bagi memastikan isu kurang kasih sayang dan kebencian melampau menjadi keutamaan kerajaan.

Kerajaan perlu memastikan agensi kerajaan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat menghasilkan satu ramuan formula yang berkesan bagi menangani isu ini.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Pensyarah Kanan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN