Rakan Demokrasi penting kepada mahasiswa

Rakan Demokrasi penting kepada mahasiswa

PROGRAM Rakan Demokrasi meningkatkan keprihatinan dan komitmen golongan belia untuk menjadi warganegara muda yang aktif, prihatin dan holistik melalui aktiviti pendidikan politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 230 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengambil bahagian dalam program Rakan Demokrasi: Kuasa Orang Muda Bagi Zon Timur (Terengganu) 2025 yang berlangsung di Dewan Persidangan 2, UMTCC, UMT baru-baru ini. Program ini adalah inisiatif anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Pertubuhan Nusa Bangsa (NUSA), Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia(UPM) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Program ini berhasrat meningkatkan keprihatinan dan komitmen golongan belia untuk menjadi warganegara muda yang aktif, prihatin dan holistik melalui aktiviti pendidikan politik. Ia dapat dijayakan dengan membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melibatkan diri secara berkesan dalam proses demokrasi dan pembuatan keputusan.

Bengkel ini juga direka untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai aspek demokrasi, termasuk penerokaan konsep demokrasi, pemahaman terhadap proses pilihan raya, serta peranan belia dalam memberi impak positif kepada sistem demokrasi.

Program ini turut merangkumi pelbagai aktiviti interaktif seperti e-Pembelajaran Kuasa Orang Muda, kempen media sosial, bengkel pendidikan, dan penyertaan dalam pasukan jalanan. Aktiviti-aktiviti ini dirancang untuk memastikan peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang menyeluruh dan praktikal.

Apa yang jelas, program Rakan Demokrasi ini telah membuktikan bahawa usaha membentuk warganegara muda yang aktif memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk institusi pendidikan, agensi kerajaan, dan pertubuhan bukan kerajaan. Ia diharapkan dapat melahirkan generasi belia yang lebih prihatin, berpengetahuan, dan bertanggungjawab dalam menyumbang kepada pembangunan negara. – UTUSAN

WAN MUHAMMAD KHAIRI WAN ZAMZURI
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN