Pergiatkan lagi kempen belia benci dadah

Pergiatkan lagi kempen belia benci dadah

AKTIVITI penyalahgunaan dadah perlu dipergiatkan sepanjang tahun supaya belia tidak terlibat dengan masalah sosial ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYALAHGUNAAN dadah merupakan gejala yang tidak sihat dan memerlukan generasi muda menerima pendidikan pencegahan seawal usia muda remaja. 

Generasi belia perlu bersama dengan agensi penguatkuasa menggembleng tenaga melawan sebarang bentuk penyalahgunaan dadah sehingga tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat.

Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan ketagihan sehingga menyebabkan belia terlibat dengan jenayah.

Media massa sering melaporkan aktiviti penyalahgunaan dadah menyebabkan kadar jenayah meningkat dan sukar dibendung apabila menjadi penagih tegar berpunca daripada kesilapan awal remaja. Hal ini tidak boleh dipandang remeh memandangkan generasi belia perlu memiliki ilmu pendidikan yang sempurna dan pemikiran terbaik bagi mendepani gejala penyalahgunaan dadah sehingga aktiviti ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi.

Generasi belia yang terdidik dengan ilmu pengetahuan mampu menjadi benteng pertahanan dalaman yang kukuh dan kesannya akan mencorakkan masa hadapan negara yang cemerlang.

Selaras dengan tekad kerajaan Malaysia Madani yang ingin melahirkan generasi bebas daripada penyalahgunaan dadah serta membendung penularan aktiviti tidak sihat ini, beberapa usaha perlu digiatkan bersama bagi memastikan najis dadah musuh nombor satu negara dapat dihapuskan segera. 

Aktiviti sihat yang dianjurkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dengan badan sukarelawan perlu menetapkan sasaran penglibatan belia di dalam aktiviti kemasyarakatan seperti contoh program Walkabout Perdana 2025 peringkat negeri Perlis yang menjalankan pelbagai aktiviti termasuk senamrobik, pameran antidadah, walking message, jalan untuk sihat, permainan interaktif dan paling penting penyertaan peserta baharu bagi SKUAD Anti Dadah.

Justeru, usaha untuk memastikan nilai-nilai murni berjaya dipupuk dan generasi belia bebas daripada aktiviti penyalahgunaan dadah dapat dipergiatkan sepanjang tahun melalui sinergi bersama dengan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Dengan usaha pelbagai pihak mampu menarik minat belia bagi memperkukuhkan pengetahuan dan membina masa hadapan yang lebih cerah.-UTUSAN

 

DR.ZURAIMY ALI dan AMAR ABD. JALIL

Universiti Teknologi Mara (UiTM) & Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN