Jangan kejar KPI sampai hilang diri

Jangan kejar KPI sampai hilang diri

PETUNJUK prestasi Utama (KPI) sepatutnya menjadi alat pembangunan pekerja, bukan sekada rangka yang menekan mereka hingga keletihan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM dunia kerja moden, petunjuk prestasi Utama (KPI) sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan pekerja. 

Namun, realitinya, ada yang terlalu sibuk mengejar KPI sehingga kehidupan peribadi terganggu, motivasi merosot dan kesihatan semakin terabai. Seperti pepatah Melayu, ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’

Dengan perkembangan teknologi, sempadan antara kerja dan kehidupan semakin kabur. Dahulu, waktu kerja berakhir di pejabat, tetapi kini ramai yang masih menjawab e-mel dan mesej kerja hingga larut malam. Mesyuarat dalam talian boleh berlaku bila-bila masa, termasuk semasa cuti hujung minggu. 

Budaya melakukan pelbagai tugas semakin menjadi kebiasaan. Dalam usaha untuk memenuhi KPI dengan cepat, ramai pekerja akhirnya menghasilkan kerja yang sekadar cukup syarat tanpa memberi tumpuan penuh kepada perincian. Akibatnya, ‘kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan’.

Majikan perlu lebih realistik dalam menetapkan KPI. Ia sepatutnya menjadi alat pembangunan pekerja, bukan sekada rangka yang menekan mereka hingga keletihan. Jika KPI terlalu tinggi, organisasi perlu melihat semula sama ada pekerja mempunyai sumber dan sokongan yang mencukupi untuk mencapainya.  KPI yang tidak selari dengan beban kerja sebenar hanya akan membawa kepada keletihan berpanjangan.

Pekerja juga perlu menetapkan batas antara kerja dan kehidupan peribadi. Jangan biarkan KPI mengawal hidup sehingga tiada masa untuk berehat atau melakukan perkara yang disukai. Jika merasa tekanan semakin berat, berbincanglah dengan majikan atau rakan sekerja untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan takut untuk mengatakan ‘tidak’ jika beban kerja sudah terlalu tinggi.

DR. MAZZLIDA MAT DELI

Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan 

Universiti Kebangsaan Malaysia 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN