PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan Kementerian Kesihatan supaya mengharamkan budaya vape yang semakin hari semakin meningkat dalam kalangan pelajar. Jika tindakan perlu tidak diambil pihak berwajib, maka, kita akan melihat lebih banyak kes kecederaan paru-paru berkait penggunaan rokok elektrik atau vape (Evali) di Malaysia. Evali ialah keadaan keradangan serius yang merosakkan paru-paru. Ia berkembang akibat daripada vape, iaitu apabila menggunakan peranti elektronik yang kecil untuk menyedut zarah-zarah kecil cecair…