UNDANG–undang tertinggi dalam negara iaitu Perlembagaan Persekutuan telah melarang perbuatan diskriminasi di bawah Perkara 8 (1) bahawa “Semua orang adalah sama rata di sisi undang–undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang–undang. Begitu juga Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan. Usaha telah diambil untuk meletakkan isu diskriminasi di bawah undang–undang buruh negara seperti Akta Kerja 1955 (Akta 265), namun ia tidak berjaya dilaksanakan. Daripada meletakkan isu diskriminasi di…