PEJABAT Pendidikan Malaysia Los Angeles (EMLA) sentiasa memantau perkembangan terkini di Los Angeles dan telah melaksanakan inisiatif pengesanan pelajar. Sehingga kini, pelajar yang terkesan adalah seramai 14 orang daripada University of California, Los Angeles (UCLA) kerana berhampiran dengan lokasi kejadian kebakaran tersebut. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama pejabat Consul General (CG) di Los Angeles juga telah bersetuju untuk memberi bantuan dan akan melaksanakan pelan evakuasi sekiranya perlu melalui penempatan pelajar…