PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya memperluaskan kawasan larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Kesihatan Awam 2024. Melalui akta ini bermakna semua bangunan premis tempat kerja dikategorikan sebagai salah satu kawasan larangan merokok. Tindakan kerajaan memperkenalkan larangan ini adalah satu inisiatif yang sangat progresif kerana ia melindungi kepentingan majoriti rakyat daripada ancaman asap rokok yang berbahaya. Asap rokok, termasuk asap terpakai, adalah salah…