PEMBANGUNAN di tanah tinggi seperti tiada petanda untuk berhenti bahkan semakin rancak. Sepatutnya sudah tiba masa pembangunan besar-besaran dihentikan terus atau secara sementara untuk tempoh 30 hingga 50 tahun. Alasan pertama kerana beberapa daerah di Cameron Highlands, Bentong, Raub dan Lipis sama ada seluruh atau sebahagian muka buminya berada di kawasan tanah tinggi di puncak Banjaran Titiwangsa. Sudah pasti bahagian hulu anak sungai di daerah ini berada di puncak banjaran…