TAHUN 2024 telah melabuhkan tirainya. Dalam tempoh setahun ini, Alhamdulillah, Allah telah permudahkan urusan kami di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Terdapat pertambahan lebih 15 peratus sumbangan infak, berbanding tahun 2023, daripada penyumbang individu dan korporat, yang berupa asas penting kepada pelaksanaan program-program kami. Program yang dimaksudkan termasuklah pembangunan usahawan dalam bentuk latihan perniagaan, latihan pensijilan halal serta pemberian geran kepada usahawan-usahawan nano dan mikro. Juga pemberian bantuan-bantuan pendidikan…