Tugas ulama bukan hanya semata-mata menyampaikan ilmu

Tugas ulama bukan hanya semata-mata menyampaikan ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASYARAKAT perlu membezakan antara ahli politik dan juga ulama. Tugas ahli politik adalah memenangkan ideologi parti yang diwakili, tetapi seorang ulama tugasnya adalah untuk menyuburkan syariat Allah di atas muka bumi ini.

Sebagaimana kita sedia maklum bahawa setiap ulama itu dikatakan pewaris Nabi iaitu tugasnya menyampaikan risalah roh Islam kepada umatnya serta kepada manusia umumnya.

Nabi Muhammad dan juga para sahabat adalah pemimpin, justeru, hendaklah melihat seluruh aspek kehidupan merentasi semua pihak dalam usaha menjangkau kebaikan serta kebajikan.

Syariat Islam itu terdiri dari suruhan dan tegahan selain hukum sama ada halal atau haram yang mana berkaitan rapat dengan segala aspek kehidupan atau tingkah laku manusia sepanjang masa.

Maka dengan itu, tugas ulama bukan sekadar menyampaikan ilmu semata-mata, sebaliknya meliputi suruhan serta tegahan kepada semua pihak.

Dalam masa sama, ulama sewajarnya menegur dan menasihati pemimpin, golongan penghibur supaya bertakwa sebagaimana seruan melalui Khutbah Jumaat pada setiap minggu.-UTUSAN

TEROPONG JAUH
Jerantut, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN