SAMA ada memandu di lebuh raya, atau ketika beratur panjang dalam kesesakan jalan di ibu negara, sering kali terlihat pemandu mencampak sesuatu keluar dari tingkap kenderaan mereka. Perbuatan ini tidak mengira darjat. Sampah ini bukan sahaja terbang keluar dari kereta milik orang marhaen, tetapi juga daripada kereta-kereta mewah yang harga lebih mahal dari sebuah rumah. Jika kita menelusuri lebuh raya, akan kelihatan petugas mengutip sampah. Dari mana datangnya sampah itu…










