Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) untuk memansuhkan fi RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Fi ini memberi tekanan tambahan kepada pekerja berpendapatan rendah, khususnya mereka yang sudah bergelut dengan peningkatan kos sara hidup. Caj ini dilihat membebankan kerana ramai pekerja yang tinggal di kawasan pedalaman atau kurang akses menyebabkan terpaksa menggunakan perkhidmatan bank lain.…