ULAMA Islam terkenal dan qari al-Quran, Sheikh Mishary Rashid Alafasy, secara rasmi mengumumkan Malaysia sebagai hab untuk inisiatif teknologi terbaharunya. Projek ini akan membangunkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) terkini, yang direka untuk membantu umat Islam di seluruh dunia dalam pembelajaran, bacaan dan pensijilan bagi tilawah al-Quran. Dengan peningkatan pesat teknologi AI, Sheikh Mishary mengambil peluang ini untuk memanfaatkan sepenuhnya AI bagi kemajuan spiritual dan pendidikan umat Islam. Aplikasi baharu ini…










