JIKA syarikat insurans menaikkan premium tanpa mendapatkan kelulusan Bank Negara (BNM) terlebih dahulu, tindakan ‘langgar dahulu, minta maaf kemudian’ ini bukan sahaja menunjukkan kelemahan dan kegagalan pengawasan Bank Negara, tetapi juga membuktikan syarikat insurans langsung tidak memandang serius BNM, seolah-olah hanya dianggap sebagai barang mainan. BNM sepatutnya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai badan pengawal selia dengan baik dan bukannya bertindak seperti sesetengah pemimpin yang gemar menyalahkan pihak lain serta lepas tangan apabila…










