Tangani lambakan warga asing, jalan berlubang, vape

Tangani lambakan warga asing, jalan berlubang, vape

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selalu turun padang untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pendatang asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA ada beberapa aduan dan cadangan dan di harap kerajaan Madani dapat menyelesaikan masalah berkenaan dengan segera.

Saya mendapati ramai warga asing menunggang motosikal tidak kira sama ada menjadi pemotong rumput atau mengutip barang kitar semula di kawasan Seksyen 30 Jalan Kebun, Seksyen 32 Kota Kemuning, Berjaya Park, Bukit Naga, Kampung Jawa, Johan Setia, Teluk Panglima Garang, Jenjarom dan Banting.

Diharap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengadakan operasi untuk memeriksa sama ada warga asing ini mempunyai permit atau tidak. Periksa juga sama ada mereka mempunyai cukai jalan, insurans, menjual dadah dan sebagainya.

Selain itu, keadaan jalan berlubang di negara ini tidak nampak pengakhirannya.Lihat sahaja bagaimana jalan raya di Mekah dan Madinah sangat baik dan tidak berlubang seperti Malaysia. Di sana juga ada lori-lori besar tetapi buatan jalan raya oleh kontraktor sangat bagus.

Saya mohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kontraktor yang dipilih ekoran hasil kerja mereka tidak berkualiti.

Begitu juga dengan hal vape. Kerajaan Australia dan beberapa negara lain mengharamkan penjualan vape tetapi Malaysia macam hangat-hangat tahi ayam.

Akhir sekali berkaitan isu pengemis asing. Saya ke pasar malam di Seksyen 32 Berjaya Park Shah Alam, terdapat pengemis wanita warga asing bersama bayi dan seorang kanak-kanak perempuan. Pihak Imigresen dan JPN perlulah turun padang untuk memantau dan mengambil tindakan sewajarnya.-UTUSAN

AMEERA
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN