SAYA pernah mengulas tentang projek Transit Aliran Ringan (LRT) yang sedang dalam pembinaan di Pulau Pinang dengan mengatakan ia agak kurang sesuai kerana keadaan di negeri itu tidak sama seperti mana yang berlaku di Lembah Klang. Walaupun begitu, kita tidak menafikan Pulau Pinang memiliki tarikan tersendiri dan terkenal sebagai industri pelancongan. Secara rasionalnya perkhidmatan LRT di Lembah Klang memiliki kriteria tertentu yang sangat diperlukan orang awam supaya memudahkan urusan perjalanan…










