Perkasa pembangunan belia, mahasiswa

Perkasa pembangunan belia, mahasiswa

PEMBANGUNAN belia perlu ditekankan. Dengan adanya peningkatan peruntukan kepada golongan ini, lebih ramai yang dapat menerima manfaat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEPIAS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di atas pembentangan Belanjawan Selangor 2025 yang bertemakan ‘Selangor Dinamik: Cita Sempurna Masyarakat Madani’. Belanjawan ini dilihat bersifat ke arah kemakmuran kebajikan rakyat.

PEPIAS sangat berbesar hati dengan pengiktirafan yang disebut dalam pembentangan belanjawan ini. Penghormatan ini dianggap sebagai komitmen PEPIAS selama ini dalam menyahut seruan kerajaan negeri bagi memperkasa pembangunan belia dan mahasiswa serta batu loncatan agar PEPIAS terus mempergiat usaha dalam menyumbang kepada kemajuan Negeri Selangor.

Di antara lima teras utama yang disebutkan, PEPIAS menyambut baik teras pertama iaitu ‘Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Pembangunan Insan Pemangkin Kemajuan Ekonomi Negeri’ yang menitik beratkan hal pembangunan, pendidikan, dan masa depan belia.

Pelbagai inisiatif akan diberikan kepada belia khususnya mahasiswa melalui bantuan dan insentif tambahan serta penambahbaikan infrastruktur pembelajaran sehingga mampu tingkatkan prestasi kebolehpasaran graduan.

Dalam teras kelima, ‘Ekonomi, Kebudayaan dan Pembangunan Generasi Muda’, pembangunan belia turut ditekankan dengan adanya peningkatan peruntukan kepada golongan ini supaya lebih ramai yang dapat menerima manfaat. PEPIAS bersedia dalam kerjasama bersama bagi menerajui hasrat dan impian demi melahirkan lagi belia-belia yang berpotensi dan terkedepan.

Besarlah harapan PEPIAS agar inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan ini dapat diakses oleh seluruh golongan belia dan mahasiswa supaya tiada golongan yang tercicir serta disampaikan secara telus kepada mereka yang betul-betul memerlukan. – UTUSAN

MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BIN RIZALMAN
Presiden Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN