PROGRAM Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bertujuan untuk menangani dan mencegah kes penderaan serta pengabaian golongan itu, termasuk kes-kes yang membawa kepada kematian. Program ini melibatkan ceramah dan pameran agensi yang memberi pendedahan serta maklumat penting kepada masyarakat dan kanak- kanak, khususnya mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika terdedah kepada penderaan. Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bilangan kanak-kanak yang…