KECERDASAN buatan (AI) mempunyai potensi besar dalam memperkasakan Pendidikan Jawi pada masa kini, terutamanya dalam menyediakan platform yang lebih interaktif dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran generasi moden. Melalui penggunaan aplikasi pintar dan perisian pembelajaran, AI mampu mengatasi cabaran tradisional dalam pengajaran serta pembelajaran Jawi, seperti kesukaran mengenal huruf mahupun memahami struktur tulisan Jawi. Selain membantu dalam proses pengajaran, AI juga memainkan peranan penting dalam pemeliharaan dan pengembangan bahan pengajaran Jawi.…










