PENGGUNAAN gajet yang tidak terkawal, terutama dalam kalangan generasi muda membawa banyak implikasi besar sehingga boleh mengancam penguasaan ilmu sebenar dan memberi kesan jangka panjang terhadap kelangsungan hidup bangsa serta kemajuan negara. Walaupun gajet adalah alat yang berpotensi untuk memperkaya ilmu tetapi ia juga menjadi gangguan jika tidak dikawal dengan bijak. Fenomena ini dapat dilihat dalam kalangan pelajar yang sering menghabiskan masa dengan permainan video, aplikasi media sosial atau platform hiburan…










