PADA 22 Oktober 2024, seramai 36 pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan Tasek, Marang, Terengganu telah mengadakan lawatan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi. Ini adalah lawatan julung-julung kali bagi pihak sekolah ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pelajar mengenai dunia pendidikan tinggi khususnya mengenai bidang kejuruteraan. Idea ini tercetus daripada beberapa siri mesyuarat di antara pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pihak sekolah.
Lawatan tersebut diisi dengan pelbagai program pengajian yang ditawarkan di UiTM tersebut. Subjek sains dan matematik amat penting untuk dikuasai.
Seterusnya, pelajar-pelajar dibawa ke sekitar kampus untuk melihat kemudahan seperti perpustakaan, dewan kuliah dan makmal kejuruteraan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan.
Mereka sangat seronok kerana dapat kenal dengan pensyarah dan pelajar universiti. Ada yang ingin menjadi seorang pelajar universiti suatu hari nanti.
Lawatan ini adalah langkah pertama yang penting bagi kedua-dua pihak. Kami berharap dapat menjadikan program ini sebagai acara tahunan, memberi peluang kepada lebih ramai pelajar untuk mengenali dunia pendidikan tinggi dan memotivasikan mereka untuk belajar dengan lebih gigih.
Pelajar pulang dengan semangat baharu dan cita-cita yang lebih jelas untuk masa depan mereka. – UTUSAN
DR. SHAHRUL HISYAM MARWAN
Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi
Siti Zulaikha Zakaria
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
Kebangsaan Tasek, Marang, Terengganu










