Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak tentera akan dibina. Ini menjadikan dua buah semuanya. Pengumuman dibuat di Kem Mahkota, Kluang di Johor.
Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan dapat juga memikirkan untuk mewujudkan sebuah MRSM khusus untuk anak-anak warga pendidik. Tidak semestinya kerajaan membina MRSM yang baharu kerana boleh meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Cukuplah kerajaan mengambil inisiatif mengisytiharkan salah sebuah MRSM yang sedia ada khusus untuk anak-anak warga pendidik.
Tidak salah rasanya mengumumkan sebuah MRSM khusus untuk anak-anak warga pendidik. Semua sedia maklum, warga pendidik bergelumang siang dan malam untuk meningkatkan tahap pendidikan murid-murid.
Sudah sampai masanya kerajaan memberi sedikit kegembiraan buat mereka. Saya pasti warga pendidik menyambut baik cadangan ini dan memastikan MRSM anak pendidik terbina dalam masa terdekat.-UTUSAN
CIKGU OTAI
Pahang










