Hadkan pertukaran guru hanya dua kali setahun

Hadkan pertukaran guru hanya dua kali setahun

SEELOKNYA pertukaran guru hanya dibuat dua kali setahun iaitu pada akhir dan pertengahan tahun kecuali bagi kes kecemasan atau keselamatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARU-BARU ini kecoh tentang pertukaran 12 orang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pasir Gudang, Johor sehingga memerlukan campur tangan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang akhirnya memberi kata putus agar menangguhkan pertukaran tersebut.

Alasannya, pertukaran guru terbabit menjejaskan momentum pelajaran murid kerana dilakukan di pertengahan sesi persekolahan. Ada logiknya apabila pertukaran guru terlalu kerap dalam masa setahun akan menyebabkan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran guru yang sering bertukar ganti. Hal ini lebih memberi kesan sekiranya melibatkan kelas peperiksaan.

Pentadbir ‘pening kepala’ untuk menyusun agihan guru-guru mengajar kerana opsyen guru yang keluar tidak sama dengan yang masuk. Jadual waktu terpaksa dirombak walaupun sesi persekolahan hanya tinggal beberapa bulan sahaja.

Pentadbir terpaksa membuat agihan semula tugas dan struktur organisasi juga berubah.

Sekiranya guru mempunyai anak bersekolah, mereka terpaksa menguruskan persekolahan anak-anak di sekolah baharu. Ini boleh melibatkan penambahan kos.

Masalah yang dinyatakan timbul di semua sekolah bukan sahaja di SJKC, cumanya guru di sekolah kebangsaan (SK) akur dengan arahan pertukaran tersebut.

Seeloknya pertukaran guru hanya dibuat dua kali setahun iaitu pada akhir dan pertengahan tahun kecuali kes kecemasan atau keselamatan.

Elakkanlah pertukaran dibuat sembrono. Contohnya, pada Jun bertukar dari sekolah A ke sekolah B berpasangan. Kemudian Oktober bertukar semula dari sekolah B ke sekolah A juga berpasangan.

Guru -guru yang terlalu lama di sesebuah sekolah juga perlu digerakkan. Jangan biarkan mereka jumud idea di situ. Biarlah mereka merasa nikmat dan berkarya di sekolah baharu pula.-UTUSAN

CIKGU PENCEN
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN