SAUDARA PENGARANG, POPULASI burung perosak yang kian meningkat memberi mudarat kepada penduduk melalui pencemaran bunyi dan najis yang mendatangkan risiko kesihatan awam. Antara penyakit yang dikaitkan dengan burung ini adalah virus influenza, virus west nile dan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Selain itu, terdapat juga potensi infestasi hama ektoparasit, khususnya hama burung dan kutu yang boleh berpindah kepada manusia. Aduan berkenaan kacau-ganggu spesies burung perosak ini telah banyak dilaporkan…