SAUDARA PENGARANG, KERAJAAN mempunyai tanggungjawab besar untuk melonjakkan kedudukan ekonomi negara merangkumi aspek penstrukturan semula ekonomi, pengukuhan ekosistem pelaburan dan perindustrian, peningkatan tahap pendapatan serta meluaskan jaringan perlindungan sosial. Dengan pendekatan yang holistik, kerajaan ini diyakini dapat mencapai matlamatnya dengan membawa Malaysia ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif. Demi mencapai sasaran untuk memantapkan kedudukan negara di persada antarabangsa, kerajaan komited melaksanakan transformasi ekonomi dan tadbir urus; memperkasakan…