SAUDARA PENGARANG, LEDAKAN pembangunan dan teknologi yang semakin rancak seperti cendawan selepas hujan melahirkan kebimbangan kepada ibu bapa dan pensyarah di peringkat universiti. Ini kerana maklumat di hujung jari membantutkan mahasiswa baharu untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti kampus yang membantu mengasah kemahiran baharu. Malah kebanyakkan mahasiswa kini lebih cenderung menghabiskan masa terluang dengan menggunakan telefon bimbit dan melayari pelbagai platform media sosial sehingga alpa sudah menghabiskan masa berjam-jam. Lantas informasi…