Papan tanda pudar perlu dicat baharu

Papan tanda pudar perlu dicat baharu

ORANG ramai merasa kurang yakin terhadap tadbir urus pihak penguatkuasa sekiranya papan tanda di Ibu Pejabat Polis Selangor, Shah Alam berada dalam keadaan lusuh atau berkarat. – IHSAN PENULIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA terpanggil untuk menulis di ruangan Forum ini, kerana merasakan pihak yang berwajib tidak serius menjaga imej korporat mereka.

Secara logik, salah satu daripada tanggungjawab hakiki sesebuah organisasi kerajaan mahupun swasta adalah menjaga aset-aset supaya berada dalam keadaan baik, tidak cacat ataupun sakit mata memandang.

Sekiranya papan tanda nama tersebut berada dalam keadaan lusuh atau berkarat, maka orang ramai pasti merasa kurang keyakinan terhadap keberkesanan serta tadbir urus organisasi berkenaan. Dalam artikel ini, saya menyentuh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara.

Justeru, saya ingin menggesa agar pihak PDRM Negeri Selangor membaik pulih atau menggantikan papan tanda nama yang baharu di Ibu Pejabat Polis Selangor yang terletak di Seksyen 9, Bandar Raya Shah Alam.

Papan tanda nama ini dilihat oleh beribu orang pemandu kenderaan kerana ia dipasang di persimpangan jalan besar yang sibuk.

Saya mula memberikan maklum balas kepada pihak PDRM dengan menghantar ciapan ke X, Menteri Dalam Negeri. Saya meminta agar menteri datang jengah dan melihat aset yang cacat ini. Ciapan yang sama dihantar lagi pada 4 Jun lalu. Namun kesemuanya tidak mendapat apa-apa respons daripada beliau.

Tanpa rasa berputus asa, saya juga mengambil inisiatif dengan menghantar e-mel kepada Ketua Polis Selangor, pada 12 Julai lalu. Ini pun, saya tidak menerima apa-apa maklum balas daripada beliau.

Adalah diharapkan, dengan tersiarnya aduan tentang kecacatan papan tanda nama tersebut di ruangan Forum ini, pihak PDRM Negeri Selangor akan mengambil tindakan yang betul, dengan membaik pulih semula aset ini.-UTUSAN

KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN