SAUDARA PENGARANG, MALAYSIA mempunyai potensi besar untuk berjaya dalam arena sukan antarabangsa, termasuk di peringkat Sukan Olimpik. Namun usaha itu perlu melalui pembangunan atlet sejak di peringkat kanak-kanak. China, contohnya memulakan latihan sukan sejak usia muda dan ini merupakan kunci pencapaian cemerlang di peringkat global. Kanak-kanak yang menunjukkan potensi dalam sukan tertentu akan dikenalpasti dan diberikan latihan yang disesuaikan dengan kemampuan dan bakat mereka walaupun hanya berusia tiga atau empat…