SAUDARA PENGARANG, SERING kali kita dengar dalam ucapan alu-aluan di sesuatu majlis pelancaran, di sidang media dan di acara yang memerlukan liputan media, pihak media dengan gahnya digelar sebagai rakan. ‘Selamat datang rakan-rakan media’ sering menjadi ungkapan rasmi pembuka bicara dalam sesuatu majlis. Bagi pengamal media veteran, ungkapan pemanis mulut tersebut sudah tidak memberi apa- apa makna. Nampak manis pada luaran sahaja buat seketika waktu. Berbeza dengan satu jaringan gol…