SAUDARA PENGARANG, PENGLIBATAN Malaysia dalam aktiviti kemanusiaan antarabangsa bukanlah suatu yang asing lagi. Pada 16 Ogos lalu, dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diterbangkan ke Pangkalan Udara Al Maza, Mesir dalam misi membawa 147 rakyat Palestin termasuk 41 yang tercedera ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Usaha ini merupakan langkah berani pihak kerajaan dan wajar dipuji kerana Malaysia merupakan negara Asia pertama yang melaksanakan misi tersebut. Menurut Duta…










